Untuk syarikat, agensi & penganjur

Jemputan rasmi untuk acara organisasi anda.

Annual dinner, seminar, kursus, pelancaran produk dan program agensi. Kad digital dwibahasa dengan logo syarikat, RSVP dan senarai peserta, dalam satu pautan.

  • BM / English
  • Logo & warna syarikat
  • Mula percuma

Dibina untuk urus setia

Kurangkan kerja manual: tiada lagi Google Form, spreadsheet dan senarai nama bertulis tangan.

Logo & warna syarikat

Tema Eksekutif: logo anda di pintu pembuka kad, warna ikut identiti jenama.

Dwibahasa BM / English

Pilih bahasa kad. Ayat jemputan formal tanpa ayat agama, sesuai untuk semua kaum.

RSVP dengan soalan sendiri

Jabatan, saiz baju, pilihan makanan, keperluan diet. Semua jawapan masuk satu senarai.

Sesi & had tempat

Acara banyak sesi? Tetapkan had peserta setiap slot. Bila penuh, slot ditutup sendiri.

Senarai peserta & Excel

Siapa hadir, berapa orang, siapa belum jawab. Muat turun Excel untuk katerer atau urus setia.

Kata aluan penganjur

Ucapan CEO, pengerusi atau ketua jabatan berserta nama, jawatan dan gambar.

Jemputan ikut nama

Setiap tetamu VIP dapat pautan peribadi dengan nama mereka pada kad.

Acara tertutup (PIN)

Hanya tetamu yang ada PIN boleh membuka kad. Kad tidak dipaparkan di Google.

Pas masuk QR & daftar masuk

Peserta yang RSVP dapat pas QR. Urus setia imbas di pintu dengan telefon. (Dengan Guestbook)

Dinding ucapan di skrin

Ucapan & gambar tetamu dipaparkan secara langsung di skrin dewan. (Dengan Guestbook)

Tiga langkah

  1. 01Isi butiran acara

    Nama acara, penganjur, tarikh, lokasi, atur cara dan kata aluan. Pratonton terus semasa menaip.

  2. 02Kongsi pautan

    Hantar melalui WhatsApp atau e-mel, atau pautan peribadi untuk setiap tetamu VIP.

  3. 03Pantau kehadiran

    Lihat RSVP masuk secara langsung, dan muat turun senarai peserta bila-bila masa.

Harga mudah, sekali bayar

Bayar untuk satu acara. Tiada langganan bulanan.

Kad Korporat

RM39 / acara
Sekali bayar setiap kad. Mula percuma, naik taraf bila sedia.
  • Tema Eksekutif dengan logo & warna syarikat
  • Semua tema formal, tanpa watermark
  • RSVP, soalan sendiri & had tempat setiap sesi
  • Senarai peserta + muat turun Excel
  • Jemputan ikut nama & acara tertutup (PIN)
  • Kad kekal aktif selepas acara

+ Guestbook Pas masuk QR, daftar masuk di pintu, dinding ucapan & album gambar tetamu. Kad Korporat + Guestbook RM109.

Mula sekarang

Soalan lazim

Boleh guna untuk acara berbilang kaum?

Boleh. Kad korporat tiada ayat agama atau doa, dan boleh dipaparkan sepenuhnya dalam English.

Boleh letak logo syarikat?

Boleh. Pilih tema Eksekutif, muat naik logo, dan logo dipaparkan pada pintu pembuka kad. Warna kad boleh ditukar ikut warna jenama.

Ada had bilangan peserta?

Tiada had RSVP untuk Kad Korporat. Untuk acara berbilang sesi, anda boleh tetapkan had tempat bagi setiap slot masa.

Siapa boleh lihat senarai peserta?

Hanya penganjur selepas log masuk. Acara tertutup boleh dikunci dengan PIN supaya hanya tetamu jemputan boleh membuka kad.

Bagaimana cara bayar?

Bayaran sekali melalui ToyyibPay (FPX). Kad Korporat aktif serta-merta selepas bayaran disahkan.

Sedia untuk acara seterusnya?

Mula percuma, pratonton kad semasa menaip, dan bayar hanya bila anda berpuas hati.

Buat jemputan korporat