Terma Perkhidmatan
Kemas kini terakhir: 26 September 2026
Terma ini terpakai kepada penggunaan laman majlis.click yang dikendalikan oleh ALK NETWORK (002939532-A) ("kami"). Dengan mendaftar atau menggunakan perkhidmatan ini, anda ("pengguna") bersetuju dengan terma di bawah.
1. Perkhidmatan
majlis.click membolehkan pengguna mencipta kad jemputan perkahwinan digital yang dikongsi melalui pautan, termasuk RSVP, ucapan tetamu dan paparan kod QR salam kaut.
2. Akaun
- Anda bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kata laluan dan semua aktiviti dalam akaun anda.
- Maklumat yang diberikan semasa pendaftaran mestilah benar.
- Kami boleh menggantung akaun atau kad yang melanggar terma ini.
3. Kandungan kad
- Anda memiliki dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kandungan yang dimuat naik (nama, gambar, lagu, maklumat bank dan kod QR).
- Anda mengesahkan bahawa anda berhak menggunakan gambar dan lagu tersebut, dan mendapat kebenaran individu yang terdapat dalam gambar.
- Kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia, lucah, berunsur kebencian, penipuan atau melanggar hak cipta adalah dilarang dan boleh dipadam tanpa notis.
- Kad yang diterbitkan boleh dilihat oleh sesiapa yang mempunyai pautannya.
4. Salam kaut
majlis.click hanya memaparkan kod QR dan maklumat akaun bank yang diberikan oleh pengguna. Sebarang wang atau hadiah dihantar terus oleh tetamu kepada pengantin. Kami tidak memegang, memproses atau menjamin transaksi tersebut, dan tidak bertanggungjawab atas kesilapan maklumat bank, pemindahan yang salah atau pertikaian antara tetamu dan pengantin.
5. Pakej
- Kad Asas (percuma): ciri asas, 5 kad setiap akaun (termasuk kad yang telah dipadam), edit 10 kali selepas diterbitkan, aktif sehingga 14 hari selepas tarikh majlis. Kami boleh mengubah had pakej Percuma dari semasa ke semasa.
- Kad Premium (RM29 setiap kad): bayaran sekali untuk kad berkenaan sahaja, tiada langganan bulanan. Harga sama untuk semua jenis majlis kecuali majlis korporat: Kad Korporat (RM39 setiap kad).
- Guestbook: pakej Kad + Guestbook (RM99), Guestbook sahaja (RM79) atau tambahan Guestbook untuk Kad Premium (RM70). Guestbook merangkumi album gambar tetamu, dinding ucapan dan poster QR meja. Pas masuk QR & daftar masuk hanya untuk Kad + Guestbook. Pakej guestbook mungkin tidak ditawarkan pada setiap masa; pembelian sedia ada tidak terjejas. Harga semasa dipaparkan di laman web.
- Album gambar tetamu disimpan selama 60 hari selepas tarikh majlis, kemudian dipadam secara automatik untuk menjimatkan ruang storan. Pemilik akan dihubungi melalui emel 7 hari sebelum album dipadam dan boleh memuat turun semua gambar dalam satu fail ZIP sebelum tarikh itu. Kad, RSVP dan ucapan tidak terjejas.
- Kad Premium kekal aktif selagi perkhidmatan majlis.click beroperasi.
6. Bayaran & bayaran balik
- Bayaran diproses oleh ToyyibPay melalui FPX. Kami tidak menyimpan maklumat perbankan atau kad anda.
- Premium diaktifkan secara automatik sebaik sahaja bayaran disahkan.
- Oleh kerana ciri Premium ialah perkhidmatan digital yang aktif serta-merta, bayaran tidak dikembalikan selepas Premium diaktifkan, kecuali:
- anda dicaj lebih daripada sekali untuk kad yang sama; atau
- bayaran berjaya tetapi Premium gagal diaktifkan dan kami tidak dapat membetulkannya dalam masa 7 hari.
- Permohonan bayaran balik hendaklah dibuat dalam masa 14 hari dari tarikh bayaran dengan menyertakan nombor rujukan bil. Bayaran balik yang diluluskan akan dikreditkan ke akaun bank anda dalam tempoh 14 hari bekerja.
7. Ketersediaan perkhidmatan
Kami berusaha memastikan laman sentiasa boleh diakses, namun tidak menjamin perkhidmatan bebas gangguan. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian tidak langsung akibat gangguan, kehilangan data atau tetamu yang tidak menerima jemputan. Simpan salinan senarai RSVP anda secara berkala.
8. Had liabiliti
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, jumlah liabiliti kami terhad kepada jumlah yang telah anda bayar untuk kad berkenaan.
9. Penamatan
Anda boleh berhenti menggunakan perkhidmatan pada bila-bila masa dan memohon penghapusan akaun. Kami boleh menamatkan akaun yang melanggar terma ini.
10. Perubahan terma
Terma ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Tarikh kemas kini terakhir dipaparkan di atas. Penggunaan berterusan selepas perubahan bermaksud anda menerima terma baharu.
11. Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Sebarang pertanyaan atau permohonan bayaran balik: emel hello@majlis.click atau WhatsApp +601112364649.