- Guestbook digital: tetamu imbas QR, tulis ucapan & kongsi 2 gambar
- Album gambar tetamu (sehingga 100 gambar), muat turun ZIP
- Dinding ucapan live untuk TV / projektor di dewan
- Poster QR meja untuk dicetak
- Pilihan gambar umum atau untuk pengantin sahaja
- Semua 182 tema untuk dinding & poster
- Tanpa watermark
- Kad jemputan digital & RSVP
- Pas masuk QR & daftar masuk
GUESTBOOK DIGITAL
Buku tetamu digital, untuk majlis anda.
Dah ada kad jemputan sendiri? Tambah guestbook di hari majlis. Tetamu imbas QR di meja, tulis ucapan dan kongsi gambar. Semuanya muncul di skrin dewan dan tersimpan untuk anda.
01CARA
Tiga langkah, siap untuk hari majlis
Isi nama & tarikh
Nama pengantin atau tuan rumah, tarikh dan tempat majlis. Pilih tema untuk skrin dan poster.
Cetak poster QR
Letak poster di meja makan atau pintu masuk. Tetamu imbas dengan kamera telefon, tanpa aplikasi.
Tayang & simpan
Ucapan dan gambar muncul di TV atau projektor. Selepas majlis, muat turun semua gambar dalam satu fail.
03SOALAN LAZIM
Ada soalan?
Tetamu perlu muat turun aplikasi?
Tidak. Tetamu imbas QR dengan kamera telefon dan halaman guestbook terus dibuka di pelayar.
Berapa gambar setiap tetamu boleh kongsi?
Setiap tetamu boleh kongsi 2 gambar terbaik mereka dan menulis ucapan. Mereka boleh buang dan tukar gambar sendiri.
Boleh sorok gambar dari umum?
Boleh. Tutup paparan gambar di papan pemuka, dan hanya anda boleh melihat gambar tetamu. Dinding di dewan memaparkan ucapan sahaja.
Bila guestbook dibuka?
Guestbook dibuka untuk tetamu pada hari majlis. Anda boleh cetak poster QR lebih awal.
Berapa lama gambar disimpan?
Gambar album disimpan 60 hari selepas tarikh majlis. Kami emel anda 7 hari sebelum album dipadam, jadi anda sempat muat turun semua gambar dalam satu fail ZIP. Kad dan ucapan tidak terjejas.





